.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Wednesday, October 29, 2008

Laporan Aktiviti

Pada Ahad 26 Okt yg lepas, Mahkota Bikers telah diundang ke Jamuan Hari Raya oleh En Rahmat di rumahnya di Taman Desa Jaya Johor. Hidangan yang disajikan begitu menarik. Terima kasih En Rahmat..

Pada hari Selasa 28 Okt, Pak Lah (Penasihat Kelab ini) telah menjemput warga Mahkota Bikers ke rumah terbukanya di Bandar Baru UDA yang bermula dari 11 pagi-11 malam. Namun Mahkota Bikers hadir memeriahkan rumah terbukanya pada malam hari. Pelbagai hidangan menarik dan enak telah disajikan. Antaranya nasi beriyani, ketupat, rendang, sup, aneka kuih-muih dan tidak lupa seekor kambing panggang!

Selain itu rumah terbuka Pak Lah juga diadakan untuk meraikan Pak Lah yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 7 November ini. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kemudahan bagi dirinya untuk menunaikan ibadah haji. Semoga beliau mendapat keredhaan dan kenikmatan menunaikan haji.

Monday, October 20, 2008

Laporan Aktiviti Minggu Lepas

JUMAAT
Mahkota Bikers telah dijemput untuk turut sama memeriahkan Majlis Gema Aidilfitri anjuran PDRM Kota Tinggi. Turut hadir adalah Ketua Polis Daerah. Majlis dimeriahkan juga oleh artis-artis jemputan.
Setelah menghadiri majlis tersebut, Mahkota Bikers telah mengadakan mesyuarat di rumah Cikgu Hadi di Taman Kota Jaya. Buat pertama kalinya mesyuarat dwi mingguan kelab diadakan di luar daerah Johor Bahru. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan aktiviti kelab akan datang. Terdapat juga cadangan untuk beraya ke rumah-rumah ahli kelab.

SABTU
Mahkota Bikers sekali lagi memenuhi undangan ke Majlis Aidilfitri anjuran YB Adam Somiru. Turut hadir sama adalah Dato' Shahrir Samad, Ahli Perlimen Johor Bahru merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Majlis begitu meriah dengan Marhaban dan juga menu yang begitu menarik..

Pihak Mahkota Bikers mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM Kota Tinggi dan YB Adam Somiru kerana sudi mengundang kelab kami ke majlis tersebut, Semoga ukhkuwah yang terjalin akan terus kukuh dan kekal..

Wednesday, October 15, 2008

Penerimaan Set Walkie Talkie

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkota Bikers telah pun menerima set walkie talkie berjenama Motorola sebanyak 4 set.

Menurut Tuan Pengerusi, set walkie-talkie ini disumbangkan oleh YB Dato' Shahrir Samad yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru.

Semoga dengan sumbangan set walkie-talkie ini dapat menambahkan lagi kecekapan ahli Mahkota Bikers semasa menjalankan tugas sebagai marshall pada masa depan.

Majlis Aidilfitri PDRM Kota Tinggi

Dengan segala hormatnya, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menjemput smua ahli Mahkota Bikers ke Majlis Aidilfitri yang akan diadakan seperti ketentuan di bawah:

Tarikh: 17 Okt 2008
Masa: 8:30 malam
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi

Kepada ahli dari Johor Bahru, sila berkumpul di Shell Tebrau City paa jam 8:00 malam.

Adalah dimaklumkan juga, mesyuarat kelab akan diadakan di Kota Tinggi pada malam yang sama.
Kehadiran ahli adalah diharapkan dan dapat memeriahkan lagi suasana.
Harap maklum.

Friday, October 10, 2008

Aktiviti Semasa

Minggu ini Mahkota Bikers dijemput memeriahkan beberapa aktiviti dan jemputan majilis di kalangan ahli-ahlinya. Antaranya seperti di bawah:

JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI RUMAH SAUDARA MAN BOMBAY
Tarikh: 11 Okt 2008
Masa : 8:30 malam
Tempat : Skudai

JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN RUMAH SAUDARA ISMAIL WARDER
Tarikh: 11 Okt 2008
Masa : selepas ke rumah Man Bombay
Tempat : unknown

JEMPUTAN WALIMATUS URUS RUMAH SAUDARA MAN BANKER
Tarikh: 12 Okt 2008
Masa : 1pm
Tempat : Taman Perling

Semoga kehadiran ahli-ahli Mahkota Bikers dapat memeriahkan lagi majlis tersebut

Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka Dato' Shahrir Abdul Samad



Mahkota Bikers telah menerima jemputan daripada YB Dato' Shahrir untuk bersama memeriahkan rumah terbuka sempena Aidilfitri beliau yang telah diadakan di Dewanraya Kg. Melayu Majidee pada 5 Oktober yang lalu..

Konvoi bergerak ke lokasi pada jam 12:30 tengahari. Ketibaan kami disambut meriah serta DJ bertugas turut mengumumkan akan ketibaan kami..

Setelah itu, 20 orang ahli yang turut hadir dijamu dengan pelbagai hidangan Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang, serunding, nasi tomato, dan pelbagai-bagai lagi..

Selesai menjamu selera, Mahkota Bikers bergambar kenang-kenangan bersama YB Dato Shahrir dan beramah mesra buat seketika..kemudian, bergerak meninggalkan majlis untuk pulang ke lokasi masing-masing..

Semoga Aidilfitri ini membawa lebih keberkatan dan kemesraan di kalangan ahli Mahkota Bikers dan juga semua muslimin dan muslimat..