.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Tuesday, September 16, 2008

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Johor

Mahkota Bikers telah dijemput oleh penganjur Sambutan Hari Kemerdkaan ke-51 Peringkat Negeri Johor untuk bersama-sama melakukan perbarisan lintas hormat.

Pada hari Sabtu 30 Ogos yang lepas, seramai 23 ahli kelab telah ke Mersing bagi tujuan itu. Mereka bermalam di Institut Latihan Perindustrian, Mersing.

Pada hari 31 Ogos, adalah menjadi suatu kebanggaan kepada pihak Mahkota Bikers kerana dijemput bersama-sama untuk melakukan perbarisan lintas hormat (bermotosikal) di hadapan barisan pemimpin Kerajaan Johor Darul Takzim.

Mahkota Bikers juga merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, serta kepada ahli kelab yang turut sama menjayakan program ini.

Semoga Mahkota Bikers akan terus menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, NGOs, badan-badan dan persatuan di sekitar Negeri Johor.

Tuesday, August 26, 2008

Jelajah Merdeka 2008

Satu program Jelajah Merdeka Rakan Muda 2008 telah bermula pada 23-30 Ogos 2008. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Mahkota Bikers juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan bakti sebagai warganegara Malaysia berperanan sebagai Marshall untuk konvoi ini. Pada 24 Ogos, bermula di Kota Tinggi dan berakhir di Dataran Kg. Melayu, Johor Bahru, Mahkota Bikers telah melakukan tugas sebagai Marshall dengan jayanya di mana hampir 80 motosikal 150cc ke bawah dari segenap pelusuk daerah Kota Tinggi berada dalam konvoi.

Di sebelah petang pula, Mahkota Bikers sekali lagi berperanan sebagai escort bagi konvoi Raja Muda Johor berkenan mencemar duli bagi melancarkan Jelajah Merdeka 2008 ke Dataran Kg. Melayu. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur, antaranya seperti pertandingan tarik tali, gerai pameran, demonstrasi pertolongan cemas, cabutan bertuah serta gimik perasmian yang memukau hadirin pada petang itu.








25 Ogos pula sekali lagi Mahkota Bikers berperanan sebagai Marshall. Kali ini konvoi disertai hampir 150 buah motosikal 150cc ke bawah. Perjalanan dari Kg Melayu ke Kg. Jaya Sepakat, Senai menjadi lancar dan mudah dengan peranan Mahkota Bikers sebagai Marshall yang begitu cekap. Aktiviti Rakan Muda yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan masjid, mengecat masjid dan perbagai lagi.



Semoga aktiviti Jelajah Merdeka seperti ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya menunggang motosikal yang lebih berhemah, cepat dan terancang di kalangan belia dan juga mereka yang gemar akan hobi menunggang motosikal ini.

Friday, August 22, 2008

Mesyuarat Penting 22 Ogos

Satu mesyuarat penting akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2008
Masa: 8:30 malam
Tempat : Rumah Tuan Pengerusi, En Ali Buang, Jalan Senang, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.
Kehadiran diwajibkan.

Agenda akan membincangkan Program Konvoi Jalur Gemilang bersama Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim, putera Tunku Mahkota Johor..program ini dijangka akan diadakan bermula Ahad 24 Ogos dan berakhir pada Isnin 25 Ogos 2008

Friday, July 4, 2008

Majlis Makan Malam Bersama PDRM

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli Mahkota Bikers dengan ini dijemput hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam Mesra Bersama Polis DiRaja Malaysia. Berikut adalah butirannya

Tarikh: 5 Julai 2008
Masa : 8:30 malam
Tempat: Balai Polis Batu 4, Kota Tinggi, Johor.

Majlis ini diadakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pihak kelab yang telah menjayakan upacara Pelancaran Komuniti Polis yang dirasmikan oleh Dato Seri Syed Hamid Albar pada April yang lepas.

"Semua ahli Mahkota Biker diwajibkan hadir"
- Pengerusi, En Mohd Ali Buang-

Program Khidmat Kemasyarakatan

Pada 15 Jun yang lepas, Mahkota Bikers telah pun menyertai satu program yang dinamakan Program Khidmat Kemasyarakatan Belia 4B. Program ini adalah anjuran Belia 4B Negeri Johor. Seramai 150 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang telah diadakan di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor.

Antara objektif program ini adalah untuk memupuk semangat gotong-royong, kemasyarakatan dan menghargai konsep kejiranan dalam sesebuah komuniti.

Program ini juga mendapat liputan media tempatan. Semoga program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap di kalangan belia. Belia adalah aset negara pada masa depan.