.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Wednesday, February 25, 2009

Rumah Terbuka Chinese New Year



Pada 27 Januari lepas, Mahkota Bikers telah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka ahli kelab yang berbangsa Cina di Pontian Kechil, Pontian, Johor. Seramai hampir 30 ahli hadir memenuhi undangan tersebut. Konvoi memesuki daerah Pontian dengan diiringi oleh kereta peronda PDRM sehingga ke lokasi.



Mahkota Bikers mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi tuan rumah sepanjang tahun ini.

Diharap hubungan erat di antara ahli dapat dikekalkan.

Konvoi Gong Xi Fatt Chai

Pada 25 Januari lepas, Mahkota Bikers telah berkonvoi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Bermula pada 9 pagi dan balik ke Johor Bahru pada 9 malam. Konvoi hanya makan tengahari di Ayer Keroh, Melaka.

Antara tujuan konvoi adalah untuk memanaskan enjin. Selain itu mengkaji laluan lebuhraya Utara-Selatan akan kesesakannya semasa musim perayaan.

Semoga pengguna jalanraya di Malaysia memandu dan menunggang dengan penuh berhemah.

Wednesday, December 17, 2008

Laporan Konvoi ke Penyabong





Pada 13-14 Disember yang lepas, Mahkota Bikers telahpun mengadakan konvoi ke Penyabong, Mersing. Seramai hampir 25 ahli telah pun mengikuti konvoi tersebut. Konvoi ini bertujuan untuk bersantai dan sebagai konvoi akhir tahun 2008. Penginapan ahli Mahkota Bikers telah ditaja oleh EnZul yang merupakan tuan pengusaha chalet Zul's Guest House.












Antara aktiviti yang diadakan di Penyabong adalah bersantai, memancing, jamuan makan malam dan perbincangan mengenai aktiviti kelab pada tahun depan.

Konvoi telah bergerak pulang ke Johor Bahru pada keesokan harinya dalam keadaan hujan yang lebat. Namun begitu, ahli-ahli gagah menyelusuri jalan raya dan tiba di Johor Bahru dengan selamat.


Mahkota Bikers merakamkan setinggi penghargaan kepada En Zul yang menaja penginapan dan En Ali sekeluarga yang menaja jamuan makan malam. Terima kasih diucapkan.




"Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa."



"Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada waktu yang lapang,
Mahkota Bikers nak datang lagi."




Wednesday, December 10, 2008

Konvoi ke Penyabong 13-14 Dis

Sukacita dimaklumkan bahawa Mahkota Bikers akan mengadakan konvoi bulanannya ke Penyabong, Mersing pada 13-14 Dis 2008 (Sabtu dan Ahad). Konvoi kali ini akan bermalam di Zul Place, milik En Zul di Penyabong. Beliau akan menyediakan penginapan untuk Mahkota Bikers secara percuma.

Maklumat selanjutnya akan diberitahu melalui sms.

Diharap konvoi kali ini lebih meriah dan disertai oleh ramai ahli-ahli Mahkota Bikers terutamanya ahli baru. Semoga konvoi di berkati dan selamat di bawah jagaanNya..

Boyesen Motor Menaja Zeus Helmet Kepada Mahkota Bikers


Boyesen Motor Sdn Bhd telah menaja Mahkota Bikers sebuah helmet berjenama Zeus bagi setiap ahlinya. Upacara penyerahan penajaan telah dijalankan di Boyesen Motor di Permas Jaya pada Sabtu 6 Disember yang lalu. Seramai hampir 20 ahli Mahkota Bikers telah hadir memeriahkan upacara itu.

Menurut pemilik Boyesen Motor, En Lai, syarikatnya merupakan satu-satunya pengedar bagi helmet berjenama Zeus di Malaysia. Beliau berharap dengan sumbangan penajaan ini dapat menarik peminat aktiviti bermotor akan mendapatkan helmet berjenama Zeus pada masa depan.

Semoga dengan sumbanagn ini Boyesen Motor akan lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan.