Pada 2 Januari 2010, Mahkota Bikers telah dijemput untuk menghadiri Pengerang Autoshow di Sungai Rengit, Pengerang, Johor. Pengerang Autoshow telah dirasmikan oleh Datuk Seri Azalina Othman. Seramai 46 ahli Mahkota Bikers telah pun turut sama memeriahkan acara. Konvoi telah bergerak daripada Johor Bahru dan melalui Kota Tinggi serta gugusan Felda Air Tawar.
Semoga Pengerang autoshow dapat diteruskan lagi penganjurannya pada masa hadapan. Diharap dengan kehadiran tahun 2010, Mahkota Bikers akan lebih dikenali. Kepada ahli-ahli baru, bersama-samalah menyumbangkan masa dan idea dalam memantapkan lagi organisasi ini. Kepada En Naza, terima kasih di atas sumbangan baju oren yang dipakai pada Pengerang Autoshow.
.
SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA
Tuesday, January 5, 2010
Monday, November 2, 2009
Pembukaan Rasmi Cawagan AG Motor Parit Raja
Mahkota Bikers telah diundang oleh pihak AG Motor bagi memeriahkan upacara pembukaan rasmi cawagan terbarunya di Parit Raja pada Oktober yang lepas.

Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti jamuan makan, cabutan bertuah dan konvoi motosikal.

Pihak Mahkota Bikers merakamkan ucapan terima kasih kepada AG Motor kerana sudi mengundang kami dan kami mengharapkan perniagaan AG Motor akan terus berkembang lagi pada masa depan.

Ucapan Penghargaan Kepada Tuan-tuan Rumah Terbuka Aidilfitri
Mahkota Bikers merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua tuan-tuan rumah yang menjemput kami ke majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang lepas.
Hampir setiap minggu, warga Mahkota Bikers memeriahkan rumah terbuka dan hampir setiap minggu jua, semua ahli dapat berkumpul dan bermesra. Aidilfitri banyak memberikan keberkatannya di mana hubungan yang jauh sesama ahli dapat dirapatkan dan hubungan yang rapat dapat dieratkan.
Semoga dengan kedatangan Aidilfitri yang sudah, membawa kepada keberkatan silaturahim sesama ahli Mahkota Bikers.
Terima Kasih

Tuesday, September 29, 2009
Majlis Rumah Terbuka Dato' Shahrir Samad
Pada Ahad 27 September 2009 yang lepas, Mahkota Bikers telah memenuhi undangan Majlis Rumah Terbuka Adilfitri daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Sri Tebrau, Johor Bahru. Majlis bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang.
Kehadiran 30 ahli Mahkota Bikers pada jam 12:30 tengahari menambahkan lagi kemeriahan. Ahli-ahli juga menggunakan kesempatan ini untuk beramah mesra dengan YB Dato'. Selain itu kemesraan jelas terpancar di wajah kalangan ahli sendiri kerana kehadiran Syawal membuka peluang untuk ahli bermaaf-maafan sesama sendiri.
Semoga dengan kedatangan Syawal ini ahli-ahli Mahkota Bikers akan lebih aktif menunggang motosikal dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti yang bermanfaat bagi melupakan sejenak tekanan di tempat kerja masing-masing.

Tuesday, September 15, 2009
Gambar Kembara Amal Ramadhan Siri 2 2009
Alhamdulillah segala perancangan telahpun terlaksana. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat, agensi-agensri kerajaan dan juga sokongan individu-individu.
Sumbangan anda semoga dirahmati dan diberkatiNya. Agar kita tergolong dalam golongan yang bertakwa dan mensyukuri nikmatnya

Sumbangan anda semoga dirahmati dan diberkatiNya. Agar kita tergolong dalam golongan yang bertakwa dan mensyukuri nikmatnya

Subscribe to:
Comments (Atom)