.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Tuesday, August 26, 2008

Jelajah Merdeka 2008

Satu program Jelajah Merdeka Rakan Muda 2008 telah bermula pada 23-30 Ogos 2008. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Mahkota Bikers juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan bakti sebagai warganegara Malaysia berperanan sebagai Marshall untuk konvoi ini. Pada 24 Ogos, bermula di Kota Tinggi dan berakhir di Dataran Kg. Melayu, Johor Bahru, Mahkota Bikers telah melakukan tugas sebagai Marshall dengan jayanya di mana hampir 80 motosikal 150cc ke bawah dari segenap pelusuk daerah Kota Tinggi berada dalam konvoi.

Di sebelah petang pula, Mahkota Bikers sekali lagi berperanan sebagai escort bagi konvoi Raja Muda Johor berkenan mencemar duli bagi melancarkan Jelajah Merdeka 2008 ke Dataran Kg. Melayu. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur, antaranya seperti pertandingan tarik tali, gerai pameran, demonstrasi pertolongan cemas, cabutan bertuah serta gimik perasmian yang memukau hadirin pada petang itu.








25 Ogos pula sekali lagi Mahkota Bikers berperanan sebagai Marshall. Kali ini konvoi disertai hampir 150 buah motosikal 150cc ke bawah. Perjalanan dari Kg Melayu ke Kg. Jaya Sepakat, Senai menjadi lancar dan mudah dengan peranan Mahkota Bikers sebagai Marshall yang begitu cekap. Aktiviti Rakan Muda yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan masjid, mengecat masjid dan perbagai lagi.



Semoga aktiviti Jelajah Merdeka seperti ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya menunggang motosikal yang lebih berhemah, cepat dan terancang di kalangan belia dan juga mereka yang gemar akan hobi menunggang motosikal ini.

Friday, August 22, 2008

Mesyuarat Penting 22 Ogos

Satu mesyuarat penting akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2008
Masa: 8:30 malam
Tempat : Rumah Tuan Pengerusi, En Ali Buang, Jalan Senang, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.
Kehadiran diwajibkan.

Agenda akan membincangkan Program Konvoi Jalur Gemilang bersama Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim, putera Tunku Mahkota Johor..program ini dijangka akan diadakan bermula Ahad 24 Ogos dan berakhir pada Isnin 25 Ogos 2008