.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Wednesday, December 17, 2008

Laporan Konvoi ke Penyabong





Pada 13-14 Disember yang lepas, Mahkota Bikers telahpun mengadakan konvoi ke Penyabong, Mersing. Seramai hampir 25 ahli telah pun mengikuti konvoi tersebut. Konvoi ini bertujuan untuk bersantai dan sebagai konvoi akhir tahun 2008. Penginapan ahli Mahkota Bikers telah ditaja oleh EnZul yang merupakan tuan pengusaha chalet Zul's Guest House.












Antara aktiviti yang diadakan di Penyabong adalah bersantai, memancing, jamuan makan malam dan perbincangan mengenai aktiviti kelab pada tahun depan.

Konvoi telah bergerak pulang ke Johor Bahru pada keesokan harinya dalam keadaan hujan yang lebat. Namun begitu, ahli-ahli gagah menyelusuri jalan raya dan tiba di Johor Bahru dengan selamat.


Mahkota Bikers merakamkan setinggi penghargaan kepada En Zul yang menaja penginapan dan En Ali sekeluarga yang menaja jamuan makan malam. Terima kasih diucapkan.




"Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa."



"Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada waktu yang lapang,
Mahkota Bikers nak datang lagi."




Wednesday, December 10, 2008

Konvoi ke Penyabong 13-14 Dis

Sukacita dimaklumkan bahawa Mahkota Bikers akan mengadakan konvoi bulanannya ke Penyabong, Mersing pada 13-14 Dis 2008 (Sabtu dan Ahad). Konvoi kali ini akan bermalam di Zul Place, milik En Zul di Penyabong. Beliau akan menyediakan penginapan untuk Mahkota Bikers secara percuma.

Maklumat selanjutnya akan diberitahu melalui sms.

Diharap konvoi kali ini lebih meriah dan disertai oleh ramai ahli-ahli Mahkota Bikers terutamanya ahli baru. Semoga konvoi di berkati dan selamat di bawah jagaanNya..

Boyesen Motor Menaja Zeus Helmet Kepada Mahkota Bikers


Boyesen Motor Sdn Bhd telah menaja Mahkota Bikers sebuah helmet berjenama Zeus bagi setiap ahlinya. Upacara penyerahan penajaan telah dijalankan di Boyesen Motor di Permas Jaya pada Sabtu 6 Disember yang lalu. Seramai hampir 20 ahli Mahkota Bikers telah hadir memeriahkan upacara itu.

Menurut pemilik Boyesen Motor, En Lai, syarikatnya merupakan satu-satunya pengedar bagi helmet berjenama Zeus di Malaysia. Beliau berharap dengan sumbangan penajaan ini dapat menarik peminat aktiviti bermotor akan mendapatkan helmet berjenama Zeus pada masa depan.

Semoga dengan sumbanagn ini Boyesen Motor akan lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan.

Konvoi ke Port Dickson

Pada 22-23 November lepas, Mahkota Bikers telah mengadakan konvoi ke Port Dickson..
antara tujuan konvoi adalah untuk melepaskan kerinduan menunggang dalam konvoi selain membuang karbon yang ada di dalam motor masing-masing..kebanyakan ahli begitu berpuas hati dengan konvoi dan aktiviti yang telah dilaksanakan..
semoga konvoi 'jalan-jalan' seumpama ini dapat sedikit sebanyak mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli Mahkota Bikers..

Wednesday, October 29, 2008

Laporan Aktiviti

Pada Ahad 26 Okt yg lepas, Mahkota Bikers telah diundang ke Jamuan Hari Raya oleh En Rahmat di rumahnya di Taman Desa Jaya Johor. Hidangan yang disajikan begitu menarik. Terima kasih En Rahmat..

Pada hari Selasa 28 Okt, Pak Lah (Penasihat Kelab ini) telah menjemput warga Mahkota Bikers ke rumah terbukanya di Bandar Baru UDA yang bermula dari 11 pagi-11 malam. Namun Mahkota Bikers hadir memeriahkan rumah terbukanya pada malam hari. Pelbagai hidangan menarik dan enak telah disajikan. Antaranya nasi beriyani, ketupat, rendang, sup, aneka kuih-muih dan tidak lupa seekor kambing panggang!

Selain itu rumah terbuka Pak Lah juga diadakan untuk meraikan Pak Lah yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 7 November ini. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kemudahan bagi dirinya untuk menunaikan ibadah haji. Semoga beliau mendapat keredhaan dan kenikmatan menunaikan haji.

Monday, October 20, 2008

Laporan Aktiviti Minggu Lepas

JUMAAT
Mahkota Bikers telah dijemput untuk turut sama memeriahkan Majlis Gema Aidilfitri anjuran PDRM Kota Tinggi. Turut hadir adalah Ketua Polis Daerah. Majlis dimeriahkan juga oleh artis-artis jemputan.
Setelah menghadiri majlis tersebut, Mahkota Bikers telah mengadakan mesyuarat di rumah Cikgu Hadi di Taman Kota Jaya. Buat pertama kalinya mesyuarat dwi mingguan kelab diadakan di luar daerah Johor Bahru. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan aktiviti kelab akan datang. Terdapat juga cadangan untuk beraya ke rumah-rumah ahli kelab.

SABTU
Mahkota Bikers sekali lagi memenuhi undangan ke Majlis Aidilfitri anjuran YB Adam Somiru. Turut hadir sama adalah Dato' Shahrir Samad, Ahli Perlimen Johor Bahru merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Majlis begitu meriah dengan Marhaban dan juga menu yang begitu menarik..

Pihak Mahkota Bikers mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM Kota Tinggi dan YB Adam Somiru kerana sudi mengundang kelab kami ke majlis tersebut, Semoga ukhkuwah yang terjalin akan terus kukuh dan kekal..

Wednesday, October 15, 2008

Penerimaan Set Walkie Talkie

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkota Bikers telah pun menerima set walkie talkie berjenama Motorola sebanyak 4 set.

Menurut Tuan Pengerusi, set walkie-talkie ini disumbangkan oleh YB Dato' Shahrir Samad yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru.

Semoga dengan sumbangan set walkie-talkie ini dapat menambahkan lagi kecekapan ahli Mahkota Bikers semasa menjalankan tugas sebagai marshall pada masa depan.

Majlis Aidilfitri PDRM Kota Tinggi

Dengan segala hormatnya, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menjemput smua ahli Mahkota Bikers ke Majlis Aidilfitri yang akan diadakan seperti ketentuan di bawah:

Tarikh: 17 Okt 2008
Masa: 8:30 malam
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi

Kepada ahli dari Johor Bahru, sila berkumpul di Shell Tebrau City paa jam 8:00 malam.

Adalah dimaklumkan juga, mesyuarat kelab akan diadakan di Kota Tinggi pada malam yang sama.
Kehadiran ahli adalah diharapkan dan dapat memeriahkan lagi suasana.
Harap maklum.

Friday, October 10, 2008

Aktiviti Semasa

Minggu ini Mahkota Bikers dijemput memeriahkan beberapa aktiviti dan jemputan majilis di kalangan ahli-ahlinya. Antaranya seperti di bawah:

JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI RUMAH SAUDARA MAN BOMBAY
Tarikh: 11 Okt 2008
Masa : 8:30 malam
Tempat : Skudai

JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN RUMAH SAUDARA ISMAIL WARDER
Tarikh: 11 Okt 2008
Masa : selepas ke rumah Man Bombay
Tempat : unknown

JEMPUTAN WALIMATUS URUS RUMAH SAUDARA MAN BANKER
Tarikh: 12 Okt 2008
Masa : 1pm
Tempat : Taman Perling

Semoga kehadiran ahli-ahli Mahkota Bikers dapat memeriahkan lagi majlis tersebut

Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka Dato' Shahrir Abdul Samad



Mahkota Bikers telah menerima jemputan daripada YB Dato' Shahrir untuk bersama memeriahkan rumah terbuka sempena Aidilfitri beliau yang telah diadakan di Dewanraya Kg. Melayu Majidee pada 5 Oktober yang lalu..

Konvoi bergerak ke lokasi pada jam 12:30 tengahari. Ketibaan kami disambut meriah serta DJ bertugas turut mengumumkan akan ketibaan kami..

Setelah itu, 20 orang ahli yang turut hadir dijamu dengan pelbagai hidangan Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang, serunding, nasi tomato, dan pelbagai-bagai lagi..

Selesai menjamu selera, Mahkota Bikers bergambar kenang-kenangan bersama YB Dato Shahrir dan beramah mesra buat seketika..kemudian, bergerak meninggalkan majlis untuk pulang ke lokasi masing-masing..

Semoga Aidilfitri ini membawa lebih keberkatan dan kemesraan di kalangan ahli Mahkota Bikers dan juga semua muslimin dan muslimat..

Monday, September 29, 2008

Gambar Kembara Nur Ramadhan


bergambar sebelum memulakan misi


di Kampung Melayu




di Kampung Baru, Kluang


Pak Lah semangat mengangkat beras 30 Kilo

Kg. Rahmat



Jabatan Pertahanan Awam turut bersama



bersama OKU Penglihatan di Kg Seri Sepakat



Pak Lah, Tuan Haji Jama, Pengerusi Mahkota Bikers

Laporan Kembara Nur Ramadhan


Kembara Nur Ramadhan 2008 akhirnya berjaya dilaksanakan..hasil usaha dan kerjasama erat di antara pihak penganjur dan lain-lain penaja, program amal seperti ini dapat dijayakan dengan lancar.

Bermula pada 8:45 pagi di perkarangan Yayasan Warisan Johor, konvoi mula bergerak menuju ke beberapa rumah di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru..konvoi diiringi oleh marshall dari Mahkota Bikers..

Setelah itu, konvoi mula bergerak ke Kg Tawakkal, berhampiran Kg Maju Jaya di Jalan Kempas Lama..
Kemudian konvoi melalui Jalan Kota Tinggi-Kulai, melalui Bandar Tenggara, dan tiba di rumah berikutnya di Kg Baru, Kluang, Johor..
Setelah itu, konvoi meneruskan misinya menuju ke Kg Rahmat yang terletak berhampiran pekan Ayer Hitam..setibanya di sana kami diraikan dengan paluang kompang oleh belia kampung itu.

Akhir sekali konvoi melalui pekan Ayer Hitam, Yong Peng dan Jalan Segamat untuk ke Kg Seri Sepakat. Bantuan dihulurkan kepada beberapa orang kurang upaya penglihatan..jam menunjukkan hampir 2 petang, dan kami telah pun berjaya menamatkan misi membantu golongan yang memerlukan sempena menyambut kedatangan Syawal..

Akhir kata, semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa depan. Selain itu pengalaman baru diperolehi kami seperti berkonvoi ketika bulan Ramadhan dan di bawah sinaran matahari terik..semoga dengan sedikit sumbangan dan pengorbanan dari kita ini akan diredhaiNya dalam misi kita meringankan beban golongan yang memerlukan bagi mengembirakan mereka menyambut Syawal tahun ini..

Thursday, September 25, 2008

KEMBARA AMAL NUR RAMADHAN

Suatu program amal yang dinamakan Jelajah Nur Ramadhan bakal diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Sept 2008
Masa: 8:00 pagi-4:00 petang
Tempat bermula: Yayasan Warisan Johor
Laluan: Johor Bahru-Kluang-Yong Peng-Johor Bahru

Objektif program ini adalah untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban kepada fakir miskin di sekitar daerah di Johor. Selain itu dapat menimbulkan keinsafan di kalangan peserta konvoi dalam berbelanja secara berhemah menjelang musim perayaan.

Program ini adalah anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun dan juga syarikat-syarikat korporat.

Diharapkan ahli Mahkota Bikers turut serta bagi menunjukkan sokongan padu terhadaprogram-program amal seumpama ini.

MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PDRM menjemput warga Mahkota Bikers untuk bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Ops Sikap seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 September 2008
Masa : 2:30 petang
Tempat : berkumpul di Balai Polis Batu 10, Skudai kemudian akan berkonvoi ke Plaza Tol Skudai

Objektif utama adalah bagi menyokong pihak PDRM menjayakan Ops Sikap sempena musim perayaan. Selain itu juga sebagai menunjukkan kepada pengguna jalanraya akan pemanduan dan tunggangan berhemah.

Adalah diharapkan warga Mahkota Bikers dapat meluangkan masa anda untuk turut bersama dalam program ini.

Tuesday, September 16, 2008

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Johor

Mahkota Bikers telah dijemput oleh penganjur Sambutan Hari Kemerdkaan ke-51 Peringkat Negeri Johor untuk bersama-sama melakukan perbarisan lintas hormat.

Pada hari Sabtu 30 Ogos yang lepas, seramai 23 ahli kelab telah ke Mersing bagi tujuan itu. Mereka bermalam di Institut Latihan Perindustrian, Mersing.

Pada hari 31 Ogos, adalah menjadi suatu kebanggaan kepada pihak Mahkota Bikers kerana dijemput bersama-sama untuk melakukan perbarisan lintas hormat (bermotosikal) di hadapan barisan pemimpin Kerajaan Johor Darul Takzim.

Mahkota Bikers juga merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, serta kepada ahli kelab yang turut sama menjayakan program ini.

Semoga Mahkota Bikers akan terus menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, NGOs, badan-badan dan persatuan di sekitar Negeri Johor.

Tuesday, August 26, 2008

Jelajah Merdeka 2008

Satu program Jelajah Merdeka Rakan Muda 2008 telah bermula pada 23-30 Ogos 2008. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Mahkota Bikers juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan bakti sebagai warganegara Malaysia berperanan sebagai Marshall untuk konvoi ini. Pada 24 Ogos, bermula di Kota Tinggi dan berakhir di Dataran Kg. Melayu, Johor Bahru, Mahkota Bikers telah melakukan tugas sebagai Marshall dengan jayanya di mana hampir 80 motosikal 150cc ke bawah dari segenap pelusuk daerah Kota Tinggi berada dalam konvoi.

Di sebelah petang pula, Mahkota Bikers sekali lagi berperanan sebagai escort bagi konvoi Raja Muda Johor berkenan mencemar duli bagi melancarkan Jelajah Merdeka 2008 ke Dataran Kg. Melayu. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur, antaranya seperti pertandingan tarik tali, gerai pameran, demonstrasi pertolongan cemas, cabutan bertuah serta gimik perasmian yang memukau hadirin pada petang itu.








25 Ogos pula sekali lagi Mahkota Bikers berperanan sebagai Marshall. Kali ini konvoi disertai hampir 150 buah motosikal 150cc ke bawah. Perjalanan dari Kg Melayu ke Kg. Jaya Sepakat, Senai menjadi lancar dan mudah dengan peranan Mahkota Bikers sebagai Marshall yang begitu cekap. Aktiviti Rakan Muda yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan masjid, mengecat masjid dan perbagai lagi.



Semoga aktiviti Jelajah Merdeka seperti ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya menunggang motosikal yang lebih berhemah, cepat dan terancang di kalangan belia dan juga mereka yang gemar akan hobi menunggang motosikal ini.

Friday, August 22, 2008

Mesyuarat Penting 22 Ogos

Satu mesyuarat penting akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2008
Masa: 8:30 malam
Tempat : Rumah Tuan Pengerusi, En Ali Buang, Jalan Senang, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.
Kehadiran diwajibkan.

Agenda akan membincangkan Program Konvoi Jalur Gemilang bersama Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim, putera Tunku Mahkota Johor..program ini dijangka akan diadakan bermula Ahad 24 Ogos dan berakhir pada Isnin 25 Ogos 2008

Friday, July 4, 2008

Majlis Makan Malam Bersama PDRM

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli Mahkota Bikers dengan ini dijemput hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam Mesra Bersama Polis DiRaja Malaysia. Berikut adalah butirannya

Tarikh: 5 Julai 2008
Masa : 8:30 malam
Tempat: Balai Polis Batu 4, Kota Tinggi, Johor.

Majlis ini diadakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pihak kelab yang telah menjayakan upacara Pelancaran Komuniti Polis yang dirasmikan oleh Dato Seri Syed Hamid Albar pada April yang lepas.

"Semua ahli Mahkota Biker diwajibkan hadir"
- Pengerusi, En Mohd Ali Buang-

Program Khidmat Kemasyarakatan

Pada 15 Jun yang lepas, Mahkota Bikers telah pun menyertai satu program yang dinamakan Program Khidmat Kemasyarakatan Belia 4B. Program ini adalah anjuran Belia 4B Negeri Johor. Seramai 150 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang telah diadakan di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor.

Antara objektif program ini adalah untuk memupuk semangat gotong-royong, kemasyarakatan dan menghargai konsep kejiranan dalam sesebuah komuniti.

Program ini juga mendapat liputan media tempatan. Semoga program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap di kalangan belia. Belia adalah aset negara pada masa depan.

Thursday, April 24, 2008

Laporan Program Amal "Kau di Hati"

JOHOR BAHRU: Mahkota Bikers Johor telahpun menjayakan sebuah program kebajikan yang diberi nama Program Amal "Kau di Hati", pada 20 April yang lepas, bertempat di sekitar Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru bermula pada jam 10:30 pagi hingga jam 1:00 tengahari. Objektif program ini adalah untuk membantu dan meringankan sedikit sebanyak beban kesusahan yang dihadapi oleh insan-insan yang memerlukan. Selain itu keprihatinan kita terhadap insan-insan ini secara langsung dapat memberikan sokongan moral kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Berikut adalah Profil Individu yang dibantu dalam program ini:
PROFIL 1
ZA'BEDAH BINTI SIMAN, 68 TAHUN
No. 3, Jalan Pendita,
Kg. Melayu Majidee,
Johor Bahru, Johor.

Puan Za'bedah mengalami penyakit lumpuh sebelah badan.Beliau tidak dapat bergerak langsung walaupun dengan menggunakan kerusi roda. kehidupan beliau ditanggung oleh anak lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta dijaga oleh seorang anak perempuan yang tidak bekerja.

PROFIL 2

FATIMAH BINTI MUHAMAD RASIP, 69 TAHUN
No. 30, Jalan Muafakat,
Kg. Melayu Majidee,
Johor Bahru, Johor

Beliau mengalami penyakit lumpuh, dan tidak dapat bergerak.Ditanggung oleh seorang anak lelaki yang telah pun berkeluarga.

Sepanjang program ini, sebanyak 72 bikers telah pun hadir bersama-sama yang terdiri daripada ahli-ahli Mahkota Bikers, Johor Bikers, Jaguh Selatan, dan juga JPA3.

Tidak dilupakan juga, semua penyumbang-penyumbang dana samada secara wang tunai, mahupun barangan keperluan asas, turut hadir dalam program ini. Berikut adalah senarai penyumbang-penyumbang:
  • PERSATUAN BERMOTORSIKAL MAHKOTA NEGERI JOHOR (MAHKOTA BIKERS)
  • JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
  • ALI EKZOS
  • BOYESEN MOTOR SDN. BHD.
  • LO MOTOR
  • MILLIONS SYNERGY
  • MTS TECHNOLOGY
  • YAN OTO-M
  • CITRA MINANG

Bantuan yang diterima amat menggalakkan dan pihak penganjur begitu berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh peminat sukan bermotor di Johor Bahru. Pihak penganjur juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Mahkota Bikers yang bekerja keras sebelum dan semasa program berlangsung. Komitmen anda kebanggaan kami.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan pada masa hadapan di dalam skala yang lebih besar dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak.

General Group riding Tips



  • Have a full tank before arriving at the departure point.

  • Tell the group leader if you have any special concerns, i.e. speed, sharp corners, etc.

  • Tell the group leader if you plan to leave the group before the destination. Also tell the persons riding in front and behind you so they don't think you are having a problem.

  • When a rider leaves the group while in staggered formation, the best way to compensate for the hole made my his absence is for each rider behind the missing bike to change lanes. Doing this eliminates passing in a single lane.

  • Tell the group leader if your bike has an unusually short fuel range or if your bladder has a short range.

  • It is not unusual to start out on a ride when it is fairly warm and have the temp cool down a lot before getting home. Riders often wear a light jacket because it felt fine at the time of departure and really be freezing after it got dark. This frequently happens on dinner rides.

  • Remember to take some clear eye protection if the ride will extend into the evening.

  • When exiting a expressway, keep up the pace so the riders behind you aren't forced to slow down while still on the expressway and become a traffic hazard.

Friday, April 11, 2008

PROGRAM AMAL "KAU DI HATI"

Anjuran: PERSATUAN BERMOTOSIKAL MAHKOTA NEGERI JOHOR
(MAHKOTA BIKERS)

Tarikh: 20 April 2008
Masa: 10.00 pagi – 1:00 petang
Tempat: Kg. Melayu Majidee


“Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"

Objektif program ini adalah untuk membantu dan meringankan sedikit sebanyak beban kesusahan yang dihadapi oleh insan-insan yang memerlukan.
Selain itu keprihatinan kita terhadap insan-insan ini secara langsung dapat memberikan sokongan moral kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Program ini juga mengalu-alukan sumbangan dan bantuan ikhlas dari pihak tuan/puan bagi bersama-sama menjayakan program yang murni ini.

Untuk keterangan lanjut dan sumbangan boleh hubungi terus:
En Ali bin Buang (Pengerusi Kelab) - 012-7766255
En Yusof bin Muda (Pengarah program) - 019-7222750
En Nazli Wadi bin Che Rusli (Setiausaha) - 019-7001666
En Mohd Isa Mohd Yassin (Bendahari) - 013-7531433

Tuesday, April 1, 2008

Ride Buang Karbon & Menziarahi Ustaz Solehan

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkota Bikers akan mengadakan "Ride Buang Karbon" seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 8 April 2008
Masa : 8:00 pagi
Destinasi : Melaka Bandaraya Bersejarah
Tujuan : Menziarahi Ustaz Solehan.
Buang karbon moto, lepas gian menunggang jauh2 dalam group,
Tempat berkumpul :Petronas Pulai Perdana
Pakaian : T-shirt oren atau biru

Diharap bikers2 yang gian nak ride jauh2 tu datang memeriahkan lagi ride ini dengan deruman ekzos moto anda..sekian harap maklum

Friday, March 7, 2008

Laporan Mesyuarat Dwi Mingguan 7 Mac

Mesyuarat telah dijalankan seperti mana butiran berikut:
Tarikh : 7 Mac 2008
Tempat : Rumah En Ali, Jln Senang, Kg Melayu Majidi
Masa: 9:30 malam
Kehadiran : 13 bikers

Perkara yg telah dibincangkan :

SM Yusof : Satu program escort pengantin (adik SM) akan diadakan pada 9 Mac 2008, ke Batu Pahat (Pelican Hotel), berkumpul di Petronas Tol Skudai, jam 10:30 pagi

Pengerusi : - Pak Lah (penasihat) mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Mahkota Bikers memenuhi jemputan dalam Program Ramah Mesra Kelab Radio Kawalan Pelangi bersama Mahkota Bikers pada 5 Mac lalu.
- Program-program kelab akan diumumkan selepas 1-2 minggu pilihanraya umum berlangsung

En Wadi (S/U) : - Program Masyarakat Memerangi Dadah (Jelajah Pantai Timur) akan diadakan pd tarikh 31 Mei-6 Jun 2008, juga berbincang mengenai kertas kerja (budget, laluan & pembetulan)

En Jamil : - Pembukaan Bengkel Kelab Motorsport di Arked MARA, Skudai mungkin memerlukan kunjungan Mahkota Bikers bagi memeriah dan meriuhkan lagi suasananya..(dgn bunyi ekzos) kemungkinan dalam bulan April

Pak Mus :- Menyatakan kurang berpuas hati dgn kedatangan ahli dalam mesyuarat dwi mingguan. Perubahan mesti dilakukan segera. Pengerusi & ahli lain juga diingatkan utk saling mengambil berat tentang kehadiran dalam mesyuarat. Cadangan Tindakan : AHLI DIKEHENDAKI MENJAWAB SMS YANG DITERIMA DARI PENGERUSI MENGENAI APA-APA SAHAJA AKTIVITI SEMASA

Man Banker :- Menyampaikan cadangan daripada Chief Marshall (EnGhani) mengenai pembelian baju marsahll dan sarung tangan berwarna putih..

En Zul :- Survey kad keahlian mendapati ada kedai menawarkan harga semurah RM10

En Ibrahim UTM :- Laman web Mahkota Bikers akan diisi dengan maklumat-maklumat terkini, aktiviti-aktiviti dan laporan aktiviti. Memerlukan sumber-sumber maklumat yang lain bagi diupload ke dalam laman web ini.
- Menyatakan sokongan peribadi terhadap pandangan Pak Mus mengenai kehadiran ahli dalam mesyuarat kelab. Sebagai ahli baru, beliau mengharapkan contoh yang baik dari ahli yang lama utk diikuti oleh kebanyakan ahli baru

SM Yusof :- Mencadangkan agar ahli yang gagal hadir mesyuarat kelab sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab diminta mengeluarkan surat tunjuk sebab

En Wadi :- Meminta kerjasama ahli utk sama2 berkumpul pada massa yang akan ditetapkan bagi aktiviti menceriakan ofis di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak.

En Ibrahim UTM juga mempamerkan laman web ini kepada ahli yg hadir melalui laptop dan juga gambar Jelajah Johor yang lepas..

Mesyuarat Dwi Mingguan Mahkota Bikers

Mesyuarat Dwi Mingguan Mahkota Bikers akan diadakan seperti butir-butir berikut:

Tarikh : 7 Mac 2008
Tempat : Rumah En Ali, Jalan Senang, Kg Melayu Majidi, Johor Bahru
Masa : 8:30 malam

Diharap dengan kedatangan bikers, dapat memeriahkan dan memperbanyakkan lagi idea-idea bagi kebaikan kelab bersama..

Program Ramah Mesra Kelab Radio Kawalan Pelangi bersama Mahkota Bikers

Adalah dimaklumkan bahawa satu program yang dinamakan Program Ramah Mesra Kelab Radio Kawalan Pelangi bersama ahli-ahli Mahkota Bikers akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 5 Mac 2008
Tempat : Dataran Kg Melayu Majidee, Johor Bahru
Masa : 9:00 malam

Diharap ahli-ahli Mahkota Bikers dapat menghadirkan diri bagi merapatkan lagi ukhuwah di antara Kelab Radio Kawalan Pelangi dan ahli-ahli Mahkota Bikers sekalian...

Wednesday, February 20, 2008

Gambar Jelajah Johor 2008



















































Gambar-gambar Program Jelajah Johor 2008 sempena mempromosikan Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008,
Tarikh : 16-17 Feb 2008
Laluan : Johor Bahru-Pontian-Benut-Parit Raja-Batu Pahat-Muar-Segamat-Kluang-Mersing-Sg Rengit-Kota Tinggi-Danga Bay JB
Bilangan peserta konvoi : 120 orang






































Laporan Mesyuarat 22 Feb 2008

Laporan Mesyuarat Mahkota Bikers 22 Feb 2008

Tarikh : 22 Feb 2008
Tempat : Rumah En Ali, Jln Senang, Kg Melayu Majidi
Masa : 9:30 malam
Kehadiran : 17 ahli

Antara perkara yang diusul:
  • En Ali mengatakan bahawa program Jelajah Johor dan Escort VVIP semasa perasmian Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008 mendapat liputan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM
  • En Ibrahim mengumumkan laman we Mahkota Bikers telah pun dilancarkan dan boleh di lawati di http://mahkotabikers.blogspot.com/ , namun begitu laman web ini masih di peringkat pembangunan dan memerlukan lebih banyak maklumat rasmi dari kalangan ahli kelab
  • En Hamzah UTM menyampaikan pujian daripada pemandu 4WD yang sama-sama mengikuti Jelajah Johor kerana Mahkota Bikers dan Marshall nya menjalankan tugas dengan baik dan berdisiplin. Juga menegur tindakan ahli bikers yang menunggang sambil minum air sewaktu jelajah berlangsung, ini kerana membahayakan keselamatan diri dan penunggang yang lain
  • En Ghani (chief Marshall) mencadangkan kelab mengadakan Program Latihan Marshall bagi menambahkan lagi skill bikers
  • Hj Rosli mencadangkan kelab mempunyai imej yang lebih menonjol dari segi costume dan penampilan diri bagi menambahkan lagi karisma Mahkota Bikers. Usaha mengadakan laman web dan info terkini dapat dilakukan dengan lebih agresif lagi.

Semoga dengan cadangan yang dikeluarkan oleh bikers, dapat diambil tindakan dan meningkatkan lagi motivasi semua ahli untuk terus komited dan minat untuk terus menunggang.

Mahkota Bikers Menjelajah Johor Bagi Mempromosikan Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008

Sepanjang minggu ini, Mahkota Bikers telah dijemput untuk mengikuti Program Jelajah Johor bersempena dengan mempromosikan Sukan Antarabangsa Teluk Danga kali ke 2 tahun 2008 bermula pada Sabtu 16 Feb dan berakhir pada Ahad 17 Feb 2008.

Seramai 23 buah motosikal berkuasa tinggi telah mengikuti program yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor ini. Program ini juga menyaksikan penglibatan Kelab Gen2, Belia 4B Kelab Radio Kawalan Pelangi dan Jabatan Petahanan Awam (JPA3).

Jelajah ini diketuai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, En Mohd Shukri Masbah
Program ini meliputi jarak sejauh hampir 1000km, di mana konvoi bermula di Stadium Larkin, melalui Pontian, Benut, Parit Raja, Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Yong Peng, Air Hitam dan bermalam di Kluang. Pada hari berikutnya konvoi bermula di Kluang, Felda Kahang, Mersing, Jemaluang, gugusan Felda Tenggaroh, Tg Sedili, Bandar Penawar, Sungai Rengit, gugusan Felda Air Tawar, Kota Tinggi dan berakhir di Danga Bay, Johor Bahru

Diharap dengan program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan peserta konvoi dan juga meningkatkan lagi reputasi Mahkota Bikers di kalangan rakyat jelata Johor.

Mesyuarat Dwi Mingguan Mahkota Bikers


Salam Semua..



Mahkota Bikers seperti biasa akan bermesyuarat untuk ahli-ahlinya bagi setiap dua minggu sekali. Kebiasaannya diadakan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Mesyuarat pada hari ini diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Februari 2008

Tempat : Rumah En Ali, Jalan Senang, Kg Melayu Majidi

Masa : 8:30 malam


Diharap dengan kehadiran semua ahli, dapat meramaikan dan memberi idea bagi memantapkan lagi Mahkota Bikers pada masa hadapan.


Terima Kasih

Hari Bersejarah Mahkota Bikers

21 Februari 2008 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi Mahkota Bikers Johor.
Ini kerana sebuah laman web telah pun dibina oleh saudara Mohd Ibrahim khusus bagi Mahkota Bikers. Diharapkan dengan adanya usaha seumpama ini, dapat memberi maklumat yang terperinci mengenai aktiviti-aktiviti, gambar-gambar dan maklumat-maklumat penting Mahkota Bikers kepada ahli-ahlinya dan pelawat-pelawat laman web ini.

Sekian