.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Monday, December 5, 2011

Mini Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Pada 4 Dis 2011, Mahkota Bikers telah dijemput oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaanbagi menjayakan program bersama komuniti Mini Karnival bertempat di Dataran Kg Melayu Majidi, Johor Bahru.

Program yang bermatlamat memberi kesedaran dan menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat akan hak-hak dan kaedah menjadi pengguna yang bijak. Pameran dan mini konvoi telah diadakan dan disertai oleh hampir 500 pengunjung. Upacara penutup telah disempurnakan oleh YB Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri pada jam 11:30 pagi.

Mahkota Bikers merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan Mini Karnival ini. Semoga objektif pihak kementerian tercapai dan dapat melahirkan pengguna yang lebih bijak.

Wednesday, August 17, 2011

Kembara Amal Ramadhan 2011 (Siri 2)

Kembara Amal Ramadhan 2011 Siri-2 telah dijalankan dengan jayanya pada 14 Ogos yang lepas. Kembara pada minggu ini melibatkan laluan di daerah-daerah utara negeri Johor seperti Segamat, Ledang dan Muar.

Laluan perjalanan adalah seperti di bawah:

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011
14HB OGOS 2011
0800: BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR
0930-0959: KG JAYA SEPAKAT, CHAAH, BT PAHAT
1019-1051: BALAIRAYA KAMPUNG SUNGAI GATOM, LABIS
1121-1157: DEWAN JUBLI INTAN, SGT
1217-1248: KOMPLEK PENGHULU JEMENTAH
1308-1400:SURAU PEKAN SAGIL
1420-1456: SEKOLAH KEB. BEKOH, LEDANG
1521-1556: MASJID KAMPUNG KESANG TASIK, LEDANG
1611-1734: MASJID SULTAN IBRAHIM, MUAR
1759-2000: MASJID ISHADIAH BT 16, AIR HITAM, MUAR

Ternyata sokongan dari pelbagai pihak menjadikan kembara ini semakin meriah dan bertenanga walaupun sedang berlangsung di pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Jutaan terima kasih kepada penganjur Yayasan IKHLAS, Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama JPJ, PDRM dan NGO's terutamanya Mahkota Bikers yang bertindak sebagai marshal membantu pihak trafik PDRM.

Semoga siri ketiga akan lebih bertenanga dan mendapat sokongan padu dari lebih ramai pihak NGO's sekitar negeri Johor.

Untuk melihat gambar, sila klik hyperlink di bawah:



Tuesday, August 9, 2011

Kembara Amal Ramadhan 2011 (Siri 1)

Alhamdulillah Kembara Amal Ramadhan 2011 (Siri 1) telah selamat dijalankan pada 7 Ogos 2011 yang lepas. Konvoi bergerak seperti dijadualkan:

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011
7 HB OGOS 2011
0900: BERLEPAS dr YAYASAN WARISAN JOHOR
0945-1030: KOMPLEK PENGHULU MKM RIMBA TERJUN , PTN.
1100-1131: KOMPLEK PENGHULU MKM BENUT, PTN
1146-1217: GELANGGANG TERBUKA KG PT MENGKUDU, RENGIT
1227-1258: KOMPLEK PENGHULU MKM 10, KG BAHRU, PT KEMANG
1328-1400: MASJID JAMEK BT PAHAT
1410-1446: KOMPLEKS PENGHULU MKM 4, SIMPANG KIRI, PT SULONG
1526-1559: KOMPLEK PENGHULU MKM 8, SRI GADING, PT RAJA
1619-1734 : KAMPUNG RAHMAT, KLUANG
1754-2000: MASJID MACHAP

Ternyata kerjasama daripada pihak penganjur Yayasan Ikhlas, Yayasan Warisan Johor, JPJ, PDRM dan lain-lain NGO's terutamanya Mahkota Bikers yang bertindak sebagai marshal dapat melicinkan dan mewarnai kembara pada tahun ini.

Semoga bertemu lagi pada siri kedua minggu hadapan.

Tuesday, July 5, 2011

Program Bandaraya Bersih

Program Bandaraya Bersih anjuran Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga Bandaraya Johor Bahru akan tanggungjawab kepada alam sekitar. Beberapa siri program ini telah mengisi waktu hujung minggu sepanjang Julai ini.

Tarikh: 3 Julai 2011
Kawasan: Kampung Melayu Majidee

Tarikh: 10 Julai 2011
Kawasan: Taman Seri Tebrau

Tarikh: 17 Julai 2011
Kawasan: Flat Larkin

Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Seri Utama Shahrir Abdul Samad turut bersama-sama rakyat bagi menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu pembabitan Mahkota Bikers juga memeriahkan dan menceriakan lagi program yang diadakan.

Semoga program alam sekitar seperti ini wajar dicontohi oleh parlimen-parlimen lain di sekitar Daerah Johor Bahru khususnya dan negeri Johor umumnya.

Tuesday, January 18, 2011

Jelajah Amal 2011 Siri 2

Mahkota Bikers akan mengadakan konvoi Jelajah Amal 2011 Siri 2 yang akan berlangsung seperti butiran berikut:

Tarikh: Sabtu 22 Januari 2011
Masa bertolak: 8:00 pagi
Lokasi: Parit Jawa, Muar

Antara tujuannya adalah membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian. Semoga usaha ini akan berterusan dan dilimpahkan rahmat kepada para penyumbang.

"Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara"

Tuesday, January 11, 2011

Laporan Jelajah Amal 2011

Jelajah Amal 2011, diadakan dengan rasa rendah diri dan bermuhasabah diri. Melihatkan kesukaran warga yang tidak bernasib baik meneruskan kehidupan di Bandaraya Johor Bahru, membuatkan penganjur merancang mengadakan mini konvoi ini.

Konvoi memulakan perjalanan jam 9:30pagi dan menuju ke Taman Sinaran di Kempas. Setelah itu bergerak ke PPR Taman Desa Mutiara dan PPR di Taman Ehsan Jaya.

Semoga tahun ini, ahli-ahli Mahkota Bikers dilimpahkan rezeki yang berkat agar keberkatan itu dapat disalurkan serba-sedikit kepada golongan yang memerlukan.

Gambar-gambar boleh dilihat di hyperlink di bawah (sila klik):

http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?fbid=185639491465562&id=100000585383300&aid=53692

http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?fbid=179396065426634&id=100000687265867&aid=40105


Dato' Shahrir tidak ketinggalan menghulurkan bantuan


terus tabah walaupun kehilangan kedua-dua belah kaki..


walaupun kecil sumbangan yang kami beri, kesyukuran terpancar di wajah penerima

Saturday, January 8, 2011

Jelajah Amal 2011

Mahkota Bikers akan mengadakan konvoi Jelajah Amal 2011 yang akan berlangsung seperti butiran berikut:

Tarikh: Ahad 9 Januari 2011
Masa bermula: 8:30 pagi
Laluan: Sekitar Daerah Johor Bahru

Antara tujuannya adalah membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripadaNya.

"Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima"