.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Monday, September 29, 2008

Gambar Kembara Nur Ramadhan


bergambar sebelum memulakan misi


di Kampung Melayu




di Kampung Baru, Kluang


Pak Lah semangat mengangkat beras 30 Kilo

Kg. Rahmat



Jabatan Pertahanan Awam turut bersama



bersama OKU Penglihatan di Kg Seri Sepakat



Pak Lah, Tuan Haji Jama, Pengerusi Mahkota Bikers

Laporan Kembara Nur Ramadhan


Kembara Nur Ramadhan 2008 akhirnya berjaya dilaksanakan..hasil usaha dan kerjasama erat di antara pihak penganjur dan lain-lain penaja, program amal seperti ini dapat dijayakan dengan lancar.

Bermula pada 8:45 pagi di perkarangan Yayasan Warisan Johor, konvoi mula bergerak menuju ke beberapa rumah di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru..konvoi diiringi oleh marshall dari Mahkota Bikers..

Setelah itu, konvoi mula bergerak ke Kg Tawakkal, berhampiran Kg Maju Jaya di Jalan Kempas Lama..
Kemudian konvoi melalui Jalan Kota Tinggi-Kulai, melalui Bandar Tenggara, dan tiba di rumah berikutnya di Kg Baru, Kluang, Johor..
Setelah itu, konvoi meneruskan misinya menuju ke Kg Rahmat yang terletak berhampiran pekan Ayer Hitam..setibanya di sana kami diraikan dengan paluang kompang oleh belia kampung itu.

Akhir sekali konvoi melalui pekan Ayer Hitam, Yong Peng dan Jalan Segamat untuk ke Kg Seri Sepakat. Bantuan dihulurkan kepada beberapa orang kurang upaya penglihatan..jam menunjukkan hampir 2 petang, dan kami telah pun berjaya menamatkan misi membantu golongan yang memerlukan sempena menyambut kedatangan Syawal..

Akhir kata, semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa depan. Selain itu pengalaman baru diperolehi kami seperti berkonvoi ketika bulan Ramadhan dan di bawah sinaran matahari terik..semoga dengan sedikit sumbangan dan pengorbanan dari kita ini akan diredhaiNya dalam misi kita meringankan beban golongan yang memerlukan bagi mengembirakan mereka menyambut Syawal tahun ini..

Thursday, September 25, 2008

KEMBARA AMAL NUR RAMADHAN

Suatu program amal yang dinamakan Jelajah Nur Ramadhan bakal diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Sept 2008
Masa: 8:00 pagi-4:00 petang
Tempat bermula: Yayasan Warisan Johor
Laluan: Johor Bahru-Kluang-Yong Peng-Johor Bahru

Objektif program ini adalah untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban kepada fakir miskin di sekitar daerah di Johor. Selain itu dapat menimbulkan keinsafan di kalangan peserta konvoi dalam berbelanja secara berhemah menjelang musim perayaan.

Program ini adalah anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun dan juga syarikat-syarikat korporat.

Diharapkan ahli Mahkota Bikers turut serta bagi menunjukkan sokongan padu terhadaprogram-program amal seumpama ini.

MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PDRM menjemput warga Mahkota Bikers untuk bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Ops Sikap seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 September 2008
Masa : 2:30 petang
Tempat : berkumpul di Balai Polis Batu 10, Skudai kemudian akan berkonvoi ke Plaza Tol Skudai

Objektif utama adalah bagi menyokong pihak PDRM menjayakan Ops Sikap sempena musim perayaan. Selain itu juga sebagai menunjukkan kepada pengguna jalanraya akan pemanduan dan tunggangan berhemah.

Adalah diharapkan warga Mahkota Bikers dapat meluangkan masa anda untuk turut bersama dalam program ini.

Tuesday, September 16, 2008

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Johor

Mahkota Bikers telah dijemput oleh penganjur Sambutan Hari Kemerdkaan ke-51 Peringkat Negeri Johor untuk bersama-sama melakukan perbarisan lintas hormat.

Pada hari Sabtu 30 Ogos yang lepas, seramai 23 ahli kelab telah ke Mersing bagi tujuan itu. Mereka bermalam di Institut Latihan Perindustrian, Mersing.

Pada hari 31 Ogos, adalah menjadi suatu kebanggaan kepada pihak Mahkota Bikers kerana dijemput bersama-sama untuk melakukan perbarisan lintas hormat (bermotosikal) di hadapan barisan pemimpin Kerajaan Johor Darul Takzim.

Mahkota Bikers juga merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, serta kepada ahli kelab yang turut sama menjayakan program ini.

Semoga Mahkota Bikers akan terus menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, NGOs, badan-badan dan persatuan di sekitar Negeri Johor.