.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Thursday, October 14, 2010

Perginya seorang rakan bikers..



Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang anggota Mahkota Bikers En Zahreen Abdul Razak telah pun kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2010..

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah dan mendokan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Friday, August 27, 2010

Laporan Kembara Amal Ramadhan 2010 (Peringkat 1)

Alhamdulillah, pada 22 Ogos lalu seramai 22 ahli Mahkota Bikers dan hampir 60 peserta konvoi Kembara Amal Ramadhan telah berjaya menempuhi perjalanan bagi menyampaikan bantuan kepada golongan fakir.




Perjalanan dimulakan seawal 8:00pagi dan dilepaskan oleh YB Puan Asiah Md Ariff di perkarangan Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Konvoi diiringi oleh kenderaan pacuan empat roda JPJ, peronda PDRM dan anggota trafik serta dibantu oleh para marshall dari Mahkota Bikers bagi melancarkan lagi pergerakan konvoi.

Konvoi berhenti di beberapa tempat antaranya Kompleks Penghulu Mukim Rimba Terjun, Kompleks Penghulu Mukim Ayer Baloi, Kompleks Penghulu Mukim Benut, Pontian. Seterusnya ke daerah Batu Pahat di Dewan Serbaguna Sg. Berong, Rengit, Kompleks Penghulu Mukim 9, Minyak Beku, Kompleks Penghulu Mukim 3, Peserai, Kompleks PPK Seri Medan, Kompleks Penghulu Mukim 7, Tg. Semberong dan berakhir di Surau Kg Rahmat, Kluang, Johor.



Sumbangan berupa 30kg beras, dan lain-lain keperluan harian disampaikan kepada penerima dalam suasana kesyukuran dan penuh rendah hati. Majlis juga diiringi bacaan ayat suci Al-Quran dan doa bagi kesejahteraan semua pihak.

Pihak PDRM juga berkesempatan untuk berpesan kepada penghulu dan warga kampung agar menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung masing-masing menjelang musim perayaandaripada kegiatan jenayah.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang dana bantuan yang diterima daripada badan-badan kerajaan, pihak swasta, NGO dan juga individu.

Memetik kata-kata Tuan Haji Jama', Pengarah Yayasan Warisan Johor, "Program ini akan terus diadakan selagi ada golongan yang memerlukan bantuan kita di negeri Johor ini."



Peringkat kedua Kembara Amal Ramadhan akan diteruskan pada 29 Ogos 2010 dan akan menyelusuri beberapatempat seperti Ca'ah, Labis, Bukit Kepong, Lenga, Kundang Ulu, Gerisek, Sagil, Tangkak, Serom dan berakhir di Parit Jawa, Muar, Johor.

Monday, August 16, 2010

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2010


Dimaklumkan bahawa Yayasan Warisan Johor dan beberapa agensi kerajaan, NGO dan tidak terkecuali Mahkota Bikers akan menganjurkan Kembara Amal Ramadhan kali ke-3 pada tahun ini. Kembara tahun ini akan menyelusuri daerah Pontian, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Ledang dan Muar pada 22 dan 29 Ogos 2010.


Kembara Amal Ramadhan 2009

Antara tujuan utama penganjuran kembara ini adalah untuk mengagihkan sumbangan yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan barang-barang keperluan bagi persediaan menyambut Aidilfitri kepada golongan fakir dan juga golongan kurang upaya.

Diharap niat murni dan harapan kembara ini akan memperoleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

Friday, July 16, 2010

Mahkota Bikers Mengiringi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan



Mahkota Bikers Johor telah pun terlibat mengiringi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 11 Julai lepas ketika beliau merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO 2010 Bahagian Pengerang di Dewan Kejora Bandar Penawar.

Wednesday, April 21, 2010

Gambar Kelantan Bike Week: Episod 2


Royal Guest House


jalan-jalan

makan-makan

jalan-jalan lagi..

majlis makan malam

cenderahati daripada Mahkota Bikers kepada penganjur Kelantan Bikers

Tuesday, April 13, 2010

Gambar Kelantan Bike Week 2010, Episod 1

Gambar-gambar perjalanan pergi ke Kelantan Bike Week..
Bertolak pada 3 April jam 8:00 pagi tiba di Kota Bharu jam 7:45 malam,
berita akan menyusul, kita layan gambar dulu



doa :::::::::::::::: :::::::::di Mersing..

Mahkota Bikers Johor :::::::::::::::::::::::::::::::makan tengahari di Kuala Rompin, Pahang
di Pekan, Pahang :::::::::::::::::::::::::::::::::::::rehat di Kuala Berang, Terengganu

Ustaz kepenatan ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::rehat lagi di Jerteh, Terengganu

Tuesday, February 16, 2010

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Pada 15 Feb yang lepas, Mahkota Bikers telah memenuhi jemputan Mr Hau dan Mr Yeong ahli dari Pontian untuk ke rumah terbukanya sempena sambutan Tahun Baru Cina.



Seramai hampir 30 ahli telah datang memeriahkan rumah terbuka. Ahli-ahli juga mengambil kesempatan tersebut untuk saling mengucapkan selamat tahun baru kepada ahli-ahli yang berbangsa Cina. Selain itu ahli-ahli juga memakai baju berwarna merah yang melambangkan kemewahan bagi bangsa Cina dan bergaya dengan jaket baru.


Semoga 'Tahun Harimau' akan membawa lebih banyak peluang untuk menambahkan rezeki.

Tuesday, January 5, 2010

Pengerang Autoshow 2010

Pada 2 Januari 2010, Mahkota Bikers telah dijemput untuk menghadiri Pengerang Autoshow di Sungai Rengit, Pengerang, Johor. Pengerang Autoshow telah dirasmikan oleh Datuk Seri Azalina Othman. Seramai 46 ahli Mahkota Bikers telah pun turut sama memeriahkan acara. Konvoi telah bergerak daripada Johor Bahru dan melalui Kota Tinggi serta gugusan Felda Air Tawar.

Semoga Pengerang autoshow dapat diteruskan lagi penganjurannya pada masa hadapan. Diharap dengan kehadiran tahun 2010, Mahkota Bikers akan lebih dikenali. Kepada ahli-ahli baru, bersama-samalah menyumbangkan masa dan idea dalam memantapkan lagi organisasi ini. Kepada En Naza, terima kasih di atas sumbangan baju oren yang dipakai pada Pengerang Autoshow.