.

SALAM MAAL HIJRAH
TUNGGANG DENGAN CERMAT MENYELAMATKAN HARTA DAN NYAWA

Thursday, April 24, 2008

Laporan Program Amal "Kau di Hati"

JOHOR BAHRU: Mahkota Bikers Johor telahpun menjayakan sebuah program kebajikan yang diberi nama Program Amal "Kau di Hati", pada 20 April yang lepas, bertempat di sekitar Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru bermula pada jam 10:30 pagi hingga jam 1:00 tengahari. Objektif program ini adalah untuk membantu dan meringankan sedikit sebanyak beban kesusahan yang dihadapi oleh insan-insan yang memerlukan. Selain itu keprihatinan kita terhadap insan-insan ini secara langsung dapat memberikan sokongan moral kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Berikut adalah Profil Individu yang dibantu dalam program ini:
PROFIL 1
ZA'BEDAH BINTI SIMAN, 68 TAHUN
No. 3, Jalan Pendita,
Kg. Melayu Majidee,
Johor Bahru, Johor.

Puan Za'bedah mengalami penyakit lumpuh sebelah badan.Beliau tidak dapat bergerak langsung walaupun dengan menggunakan kerusi roda. kehidupan beliau ditanggung oleh anak lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta dijaga oleh seorang anak perempuan yang tidak bekerja.

PROFIL 2

FATIMAH BINTI MUHAMAD RASIP, 69 TAHUN
No. 30, Jalan Muafakat,
Kg. Melayu Majidee,
Johor Bahru, Johor

Beliau mengalami penyakit lumpuh, dan tidak dapat bergerak.Ditanggung oleh seorang anak lelaki yang telah pun berkeluarga.

Sepanjang program ini, sebanyak 72 bikers telah pun hadir bersama-sama yang terdiri daripada ahli-ahli Mahkota Bikers, Johor Bikers, Jaguh Selatan, dan juga JPA3.

Tidak dilupakan juga, semua penyumbang-penyumbang dana samada secara wang tunai, mahupun barangan keperluan asas, turut hadir dalam program ini. Berikut adalah senarai penyumbang-penyumbang:
  • PERSATUAN BERMOTORSIKAL MAHKOTA NEGERI JOHOR (MAHKOTA BIKERS)
  • JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
  • ALI EKZOS
  • BOYESEN MOTOR SDN. BHD.
  • LO MOTOR
  • MILLIONS SYNERGY
  • MTS TECHNOLOGY
  • YAN OTO-M
  • CITRA MINANG

Bantuan yang diterima amat menggalakkan dan pihak penganjur begitu berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh peminat sukan bermotor di Johor Bahru. Pihak penganjur juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Mahkota Bikers yang bekerja keras sebelum dan semasa program berlangsung. Komitmen anda kebanggaan kami.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan pada masa hadapan di dalam skala yang lebih besar dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak.

No comments: